Persediaan Bulan Puasa

Persediaan Bulan Puasa


Sempat lagi ambil gambar, ketika kerja. Nampak boss, baru tahu.

Kali
ini punya isu ialah mengenai persediaan puasa. Yelah Zik kan kerja part
time di UO Superstore. Sudah tentunya melihat ramai orang membeli
belah. Kebanyakan mereka sudah membeli baju raya menjelang persiapan
bulan Syawal.

Rata-rata pengunjung dari UO ini berpendapat, memandangkan kemungkinan masa puasa nanti tentunya
sibuk untuk menguruskan perkara-perkara yang lain. "Kalau dah dekat raya nanti baru nak beli, kena bersesak-sesaklah!" tegas seorang ibu sedang membelek-belek baju untuk anak kesayangan mereka.

Tengok-tengoklah
gambar yang zik ambil ketika orang ramai membeli-belah di pasaraya UO.

Dalam
pada itu juga, zik juga sedang memikirkan tempat untuk Latihan Industri
(Implant training). Tidak pasti samada di Kampung, Muar Johor ataupun
di Kuala Lumpur ini.Pening nih.


Orang
sudah mula membeli baju ketika ini. Persiapan menjelang bulan Syawal.
Tidak mahu membeli ketika masa 2-3hari sebelum raya. Sesak dan sibuk.

Ini tempat, baju yang Zik kena lipat. Tidak berapa kemas. Minta maaflah tidak pernah lipat baju.


Nah inilah kesannya. Kalau malas nak melipat baju. Kesian …..kena lipat lagi. Susah jadi promoter nie.

Teruskan perjuangan!!.

Namun,
sebagai nak perantauan, kita tidak boleh mudah putus asa, sebaliknya
berjuang selagi masih boleh. Dikala ramadhan, terpaksa korbankan masa,
dikala asiggnment yang banyak dan juga test. Doakan kejayaan Zik.
Didunia dan akhirat.

Say your words