August 31, 2008
· Filed under activity

Sempat lagi ambil gambar, ketika kerja. Nampak boss, baru tahu.
Kali
ini punya isu ialah mengenai persediaan puasa. Yelah Zik kan kerja part
time di UO Superstore. Sudah tentunya melihat ramai orang membeli
belah. Kebanyakan mereka sudah membeli baju raya menjelang persiapan
bulan Syawal.
Rata-rata pengunjung dari UO ini berpendapat, memandangkan kemungkinan masa puasa nanti tentunya
sibuk untuk menguruskan perkara-perkara yang lain. "Kalau dah dekat raya nanti baru nak beli, kena bersesak-sesaklah!" tegas seorang ibu sedang membelek-belek baju untuk anak kesayangan mereka.
Tengok-tengoklah
gambar yang zik ambil ketika orang ramai membeli-belah di pasaraya UO.
Dalam
pada itu juga, zik juga sedang memikirkan tempat untuk Latihan Industri
(Implant training). Tidak pasti samada di Kampung, Muar Johor ataupun
di Kuala Lumpur ini.Pening nih.

Orang
sudah mula membeli baju ketika ini. Persiapan menjelang bulan Syawal.
Tidak mahu membeli ketika masa 2-3hari sebelum raya. Sesak dan sibuk.

Ini tempat, baju yang Zik kena lipat. Tidak berapa kemas. Minta maaflah tidak pernah lipat baju.

Nah inilah kesannya. Kalau malas nak melipat baju. Kesian …..kena lipat lagi. Susah jadi promoter nie.
Teruskan perjuangan!!.
Namun,
sebagai nak perantauan, kita tidak boleh mudah putus asa, sebaliknya
berjuang selagi masih boleh. Dikala ramadhan, terpaksa korbankan masa,
dikala asiggnment yang banyak dan juga test. Doakan kejayaan Zik.
Didunia dan akhirat.
August 17, 2008
· Filed under activity

ZIk the Jalanan Sepi, Dari kanan Izhan, Faizul, ZIk the Jalanan Sepi (mata yang sepet), Qayyum dan Paie.

Gambar diambil semasa rehearsel konvo UniKL kali ke 5.
Jadi,
baru-baru ini. Zik the Jalanan Sepi dan juga Kumpulan Dainurii (team
nasyid) telah pergi ke Majlis Konvo Unikl kali ke5. Jadi tujuannya
ialah untuk membuat persembahan di luar dewan. Tetapi malangnya, PA
system yang kurang memuaskan dan juga masalah-masalah teknikal seperti
mikrofon hanya ada satu dan juga kotmitmen dari ahli-ahli Dainurii itu
sendiri, terlibat dengan Koir (Suara Group) dan ahli committe Konvo itu
sendiri , dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan.Tapi
sebelum itu juga, kami iaitu Zik, Faizul dan juga Qayyum telah
mengalami peristiwa sebelum bergerak ke PICC (Putra International
Convention Centre) panjang ceritanya. Sebenarnya, itu bukan yang
menjadi isunya. Apa yang penting, ialah Master Plan dan juga kotmitmen
dari ahli masing-masing. Sebab itu Zik rasakan, perlunya persefahaman,
komunikasi (paling penting) diantara ahli-ahli yang lain. Sempat juga
melihat permandangan-permandangan yang boleh dikatakan indah. Tetapi
apakan daya, Zik tidak mempunyai kamera untuk membuktikan perkara
sebegini. Tidak mengapalah, Zik akan usahakan dapatkan(mengikut
kemampuan). Untuk kumpulan Dainurii ini, masih perlu bimbingan, tunjuk
ajar, dari orang yang berpengalaman, dalam pada itu, hubungan diantara
sesama kumpulan agar lebih memahami isi hati, supaya keserasian itu
dapat kita kecapi. Insyallah.
August 10, 2008
· Filed under Boring2 · Tagged busy, pening

Salam
….minggu ini Zik sudah mula rasa kehangatan bahang semester ini.
Minggu ini sahaja , Zik ada 2 test. Subject innovation management( quiz
1) dan Mandarin (oral test) hari jumaat ini. Tentulah persediaan yang
rapi dan juga buat revision homework yang telah diberi perlu dirujuk
semula. Kali ini ZIk akan berusaha dengan lebih gigh lagi untuk
menyelamatkan keadaan ZIk yang sudah di hujung tanduk. Apa yang penting
ialah berusaha, doa dan akhir sekali tawakal kepada ALLAH. Doakan
semoga Zik dapat menjawab dengan betul dan tenang. Ya ALLAH berikan
kepada ku untuk teruskan perjuangan ini, demi Agama Islam. Amin…