Komen ZIk tentang Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek, 15 Julai 2008

Panas , memang panas malam tue. Bukan apa, mengenai debat Datuk SerDebati Anuar Ibrahim VS Datuk Shabery bin Cheek. Apa yang menarik pada malam itu zik saksikan mengenai debat ini ialah kematangan DSAI dalam mengulas bagaimana untuk menyelesaikan masalah minyak yang naik mendadak (tidak masuk akal). Memang betul ada Pro dan Con dalam perdebatan pada malam itu. Tetapi seharusnya Datuk Seri Shabery , menjawab soalan yang dikemukakan dan menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan masalah kenaikan minyak bukannya mengaibkan peribadi DSAI, secara terbuka. Bahkan, masa yang diperuntukkan selama 50 minit yang terlalu singkat itu seharusnya dimanfaatkan untuk kita sebagai rakyat, menjelaskan apa yang berlaku sekarang ini. Bukannya isu menyalahkan sesiapa (blame each other), tetapi kita seharusnya peka untuk bersedia mencari punca masalah, dan juga menyelesaikan masalah rakyat(kemiskinan misalnya) dengan lebih bijak dan juga perancangan yang memerlekan perincian yang sangat teliti dalam menongkah arus globalisasi. Bagi zik, yang penting kita harus bersatu padu, menyumbang idea, mencari jalan penyelesaian, bukannya hanya goyang kaki, mengharapkan kerajaan, bahkan barisan pembangkang. Tetapi perlu bangkit , dari tidur yang sangat lama ini , untuk bersatu padu bersama bangsa-bangsa yang lain, dari ancaman luaran negara penyangak matawang yang sebenarnya menunggu masa sahaja untuk masuk ke negara kita ini. Memang diakui, DSAI memang seorang yang zik segani dan juga kagumi, tetapi harus jangan mudah lupa diri apabila menjadi PM insyallah, zik juga takut sekiranya dipilih untuk menjadi pemimpin masa hadapan kelak, tetapi harus berani untuk tampil kehadapan kerana kita adalah bakal pewaris negaa yang akan terus mempertahankan maruah agama, bangsa dan juga negara yang kita sayang ini.  Sekarang ini, zik akui memang dalam keadaan yang kesempitan wang, dan juga sedang merancang sesuatu yang boleh menjamin kewangan yang kukuh untuk masa hadapan, juga tidak ketinggalan amalan kerohanian yang seiring zik alpa, alpa dan alpa. Ini kerana amalan kerohanian inilah yang menjadi tulang belakang dalam menjalankan tanggungjawab kita. Sedarlah kita semua sebelum terlambat.

Fuel_price_banner_eng

Life is business- http://prepaid4u.net?id=akustatik_22

http://yourprepaid4u.com?member=zikrihusaini

http://zikrihusaini.blogspot.com

Say your words