Mingguan Lelaki - Siri Drama Secara online


Mingguan Lelaki
Salam. Zik pun tengah mencari idea yang baru untuk menulis blog untuk isu kali ini. Tak tahu kenapa?? Serabut sangat kot? oklah, kali ini punya pos nak cerita mengenai Mingguan Lelaki yang di usahakan oleh Pengarah popular negara kita ,Aziz M Osman. Layan jer. Kalau nak tengok secara online, ada dua cara iaitu di Gua.com.my atau pun dekat Youtube pergi search mingguan lelaki. Kalau nak tahu maklumat yang lebih lanjut. Apalagi pergi ke link tadi tuh.
Sinopsis:-

Fazren Rafi memegang watak Ilham, seorang ulat buku yang lurus bendul dan secara tidak disangka menyandang jawatan penulis di sebuah majalah lelaki picisan. Dalam kesibukannya membuat kajian dan menulis tentang isu-isu lelaki, Ilham juga bekerja keras untuk menyiapkan prototaip robotnya dengan hasrat untuk memenangi sebuah petandingan yang menawarkan RM100,000 sebagai hadiah utama.

Sementara itu, sahabat karibnya, Misha yang menyimpan perasaan terhadap dirinya terus memberikan galakan untuk Ilham mengecapi cita-citanya. Namun Ilham hilang tumpuan kerana mula tertarik dengan Farah, seorang penyanyi yang seksi dan menggoda. Kepolosan Ilham kemudian mengundang lebih banyak malapetaka dalam kehidupannya.

Diantara pelakon utama , siri Mingguan Lelaki yang disiarkan secara online.

Semasa dibelakang tabir nie. Apa diaorang bincang tak tahulah zik.


Diantara adegan-adegannya.

Jeles zik dibuatnya. Takper suatu hari nanti. ( lu pikir la sendiri!! )


Kenapa pulak si Farah tuh (memey). Muntah??? Opss terlebih sudah..

Dibawah ini kalau nak tengok dari episod yang ada. Layan…

No comment »

Blog zik kena “Tagged” lagi!!!

Aduyai, tak pasal2 blog zik target!!!! Mau tak mau, kena buat jugak la walau sesibuk manapun. Yang ringkas sudah. Upload satu gambar kegemaran anda

Kenapa anda suka gambar ini?

Sebabnya, ia merupakan Tema blog zik ini. Nampak kan, Zikr the Jalanan Sepi yang menyepi di Nursery di Duyong Melaka. Ntah buat apa ntah??? Berjuang merentasi hutan belantara yang tak terkira banyaknya Ujian. Subhanallah!!

Bila kali terakhir mkn pizza?

Lama jugak arr..

Lagu terakhir yg anda dengar?
Lagu
Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

Buat kerja Office, ( lepas office hour tu!! )
Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
zikr, jikey, wak jiki, jik, ucuk,

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

1. islamic muslimah
2. miss shasha
3. muse( color of journey)
4. izwan (nice kump nasyid)
5. arif redzuan
6 . ZIk sendiri
Siapa no 1 pada anda;

Istimewa!!!

Org no 3 ada hubungan dgn sape?

Oppss!!
Kata sesuatu berkenaan org no 5;

Sabar ya!!

Bagaimana dgn org no 4?

Life is Business

Siapa org no 2?
Orang la…sapa lagi!!!

P:s/ dah banyak kali blog zik kena tagged, tak larat nak melayan diaorang nih….arrrgghh!!!!

No comment »

Ketika Praktikal part 2 of 5.

Hai sedih jer ker bang??
Salam perjuangan. Inilah gambar-gambar yang sempat zik upload dari Hset zik. Sedihnya penat gak jadi financial consultant. Setakat ini, zik masih dapat 0 customer. Huhu kenapalah dengan zik nie. Nak cakap dengan customer masih tergagap.

Malam-malam pun kena buat kerja. Hai dah nasib badan.


Masa pergi Uitm City Campus Melaka. Panas beb….bersilau kepala Zik.


Bila dah tension, hisap lah rokok dulu. Warghhhh….(Gambar ZIk tengah smoking sensored)…hehe

Muka tengah tension sebenarnya. Zik yang berlakon gembira. Lakonan terbaik boleh dapat Zik nie.

P/s: ZIk menyalahkan diri sendiri, walaupun tekanan dari bos.

kepada sesiapa yang inginĀ  membaca post blog ziksepenuhnya, bolehlah baca di laman blog rasmi zikr di

http://zikrihusaini.blogspot.com (jangan lupa tinggalkan komen anda!!)

Comments (1) »

Raya Haji Tahun ini.

Salam perjuangan. Tahun ini kemungkinan besar, zik tidak dapat balik kampung untuk meraikan hari yang bahagia. Ini tentunya kerana Zik terpaksa kerja di hari itu, Isnin ini. Walaubagaimanapun harapan zik semoga dapat meraikan hari kemenangan ini dengan penuh keberkatan dan sambut dengan sederhana. Sesungguhnya banyak yang perlu zik pelajari dalam mendalami ilmu yang berkaitan dengan akhirat ini. Sesungguhnya peristiwa-peristiwa nabi yang lalu memberi pengajaran kepada kita semua agar senantiasa ingat kepada ALLAH tidak kira waktu kita senang mahupun susah. Doakan kejayaan kami semua. Insyallah.

P/S: Tahun ni zik tak dapat nak sembelih lembu untuk korban.

No comment »

Laporan- Pergi ke Jeli kelate…(MESRA BERSAMA ORE ASLI)

Batu belah batu bertangkup yang mempunyai nama-nama budak-budak UniKL. Apa da Zik nie…

Memori tulis dekat batu besar di kampung Sungai Rual. Huhu

Salam perjuangan, kali ini Zik nak kongsi pengalaman selama 3 hari la lebih kurang. Dari 14 -17 November 2008, Program yang dianjurkan oleh Kelab Perkim Kebangsaan, dengan kerjasama JAKIM, JASA Kelantan, JHEOA Kelantan, MAIK, JHEAIK, Kelab PERKIM UniKL, PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, dan IDIP.

Jom kita tengok gambar yang sempat Zik ambil. (tapi tidak berapa penuh la).

Ketika baru sampai, kami terus dihidangkan sarapan pagi.


Kenapa Izhan dan Mus? berlakon drama?

Rajinnya basuh pinggan Qayyum dan Izhan.

Ketika, sebelum berangkat ke perkampungan orang asli untuk memberi sedikit hamper , untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama islam.


Zik posing ketika sampai di perkampungan Orang Asli. (tue dia!)


Datang melawat, dan berbual-bual mengenai sedikit masalah yang dihadadi oleh punduduk orang kampung.


Inilah rumah zik. Kecik jer. ( poyo !)


Sempat mengambil 2 orang awek’s. Lawa tuh!!


Aktiviti sukan, sungguh gembira budak-budak ini.

Tengah mintak belon kepada abe2 dan kaka fesi.

Senyum!


Pertandingan Sumpit. (Macam sniper bunyi dia…Zasss) Laju beb…

Disungai yang jernih dan cetek.

Gambar ketika mengajar budak-budak mengaji, al-fatihah, kalimah syahadah dan sebagainya. Boleh jadi mu’allim nie.


Walaupun panas, zik tetap happy. (peh tak tahu nak cakap apa, panas sangat)


Penghantaran beras kepada penduduk menggunakan truck. Senang sikit kerja.


Rumah Zik version 2. (hihi).


Indahnya ciptaan tuhan!! Subhanallah.


Zik dan adik-adikberposing lagi.

Mari melukis. Sempoi.

Ketika menyanyi bersama-sama. Memang sporting budak-budak nie. Best giler!!

Last of fame sebelum meninggalkan perkampungan orang asli di Jeli ini. Sedihnya.

P/S: Sudah tentunya ia meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis dalam edisi kali ini. Kerana banyak perkara yang Zik harus pelajari dan cuba memperbaiki dalam amalan, dan pelbagai lagi. Apa yang paling penting, sebagai pewaris negara, kita perlu melakukan sesuatu yang bernilai untuk kepentingan masa hadapan. Insyallah.

No comment »

DEMAM MINGGU PEPERIKSAAN TELAH BERMULA!

Salam perjuangan, beberapa isu cerita besar telah berlaku sepanjang minggu peperiksaan, antaranya ialah kisah keruntuhan rumah tangga artis Malaysia.

Kisah norman hakin kena tangkap khalwat, dan isterinya Abby Abadi memfailkan penceraian.(memang tengah hot sekarang ini).Apa nak jadi nie?

Isu diparlimen, dah macam budak-budak. Bingit mendengarnya. Zik no komen. Pilhanraya di United States (amerika Syarikat) kemenangan kepada Obama Barrack yang mencatat sejarah selama beberapa abad.

Walaubagaimanapun, Zik tidak dapat membuat liputan (dah macam wartawan Zik nie), ulasan yang terperinci kerana seharusnya menumpukan kepada final exam.

Nuffnang Ads

Jom tengok telatah budak-budak rumah Zik. Apa yang diaorang buat semasa minggu peperiksaan.

Jom kita layan. Pin2x

Zaman sekarang dah maju, tak macam sekarang, study pakai laptop! Kalau zaman dahulu memang lah susah. Peredaran zaman berlaku begitu pantas. Tak dapat bayangkan masa depan macam mana ya?
Bila dah penat study, tidor……Selerak jadinya rumah nie.

Hish, siapa nie? Jangan terkejut, kawan Zik juga nama dia Castro , tanah tumpah dari Negara Nigeria (study gak tue!)

Kosong je nota Zik nie? tidor ke? Kantoi!

Pemandangan dari anjung rumah sewa Zik, pada waktu petang. Memang masa ini kalau shoot picture memang “cool lah”. Tiada kaitan sebenarnya dengan minggu exam nie. Indahnya ciptaan tuhan kepada Makhluknya yang sering lupa kepadaNYA.

P/S: ada lagi dua paper, minggu depan.

No comment »

Raya di kampung 2008


Salam perjuangan. Kali ini Zik nak bawak suasana raya di kampung edisi 2008. Setahun sekali jumpa. Walaubagaimanapun, bergantung juga, ada juga bertahun-tahun baru dapat jumpa. Tak mengapalah, yang penting dapat juga balik raya tahun ini walaupun balik lambat sikit. Jom tengok gambar-gambar raya.

Setahun setelah lama menghilang diri, akhirnya kami semua disatukan kembali.
Tengah naik motor pun jadik!
Melantak jer kuih raya yang ada. Setahun sekali katanya.
Hai mesej ke Amin?? (Baju merah)
Gambar zik ada rupanya. Hehe.
Video Ba’raan.

<br />nuffnang_bid = “40e7dfab5aae775d9e3f8c84583527f2″;<br /><br /><script type=”text/javascript” src=”http://synad2.nuffnang.com.my/k.js”>

video

Selawat dulu bila dah masuk rumah orang.

Comments (1) »

Sahur bersama Junior Ex KPMSi (KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR)


Nostalgia terkenang kisah lalu KPMSI (KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR)


Sahur di kedai makan area-area kampung baru. Semua makan nasi goreng. Cuma jenisnya lain-lain. Depan kanan gambar , Paklah dan kiri Shark.


Bahrain yang sedang berseloroh cerita-cerita lama semasa di KPMSi

Pada malam 2 ramadhan, Zik dapat dari pesanan ringkas (SMS) Mesej dari Saifullah (Paklah). Zik , nak gi jumpa malam nie leh x? Zik dok kampung baru erk? area ,mana? Macam tak percaya, dapat jumpa mereka ini. Pak lah, Shark, dan juga Bahrain(baen).

Jadi malam itu, sempatlah diaorang datang rumah zik. Sambil dok tengok pemandangan KLCC yang bercahaya. Sembang lah cerita buat apa sekarang, politik sikit, flash back. Cerit latar belakang yang selalu pergi (background) . Antaranya, Taman Maju, SIDEC, Kedai Rahmat, Medan KId, Medan Gopeng, Medan Selera (hehe), Pasaraya Halida, Stasen Minyak petronas taman maju, Bandar Universiti, Parit, dan Sebagainya.

Sebenarnya banyak yang kami cerita, tapi kalau nak menulisnya jenuh! Dah lama tak jumpa, mesti banyak cerita yang nak dikongsi.

Rindu di KPMSi masih lagi menebal di hati ini. tetapi apakan daya, demi meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai, terpaksa hadapinya dengan tabah.


Ketika ini, Shark sedang rancak cerita pasal politik. Pergh bukan main lagi. Kalah Pak Lah yang dekat depan tue.

Comments (1) »

Persediaan Bulan Puasa

Persediaan Bulan Puasa


Sempat lagi ambil gambar, ketika kerja. Nampak boss, baru tahu.

Kali
ini punya isu ialah mengenai persediaan puasa. Yelah Zik kan kerja part
time di UO Superstore. Sudah tentunya melihat ramai orang membeli
belah. Kebanyakan mereka sudah membeli baju raya menjelang persiapan
bulan Syawal.

Rata-rata pengunjung dari UO ini berpendapat, memandangkan kemungkinan masa puasa nanti tentunya
sibuk untuk menguruskan perkara-perkara yang lain. "Kalau dah dekat raya nanti baru nak beli, kena bersesak-sesaklah!" tegas seorang ibu sedang membelek-belek baju untuk anak kesayangan mereka.

Tengok-tengoklah
gambar yang zik ambil ketika orang ramai membeli-belah di pasaraya UO.

Dalam
pada itu juga, zik juga sedang memikirkan tempat untuk Latihan Industri
(Implant training). Tidak pasti samada di Kampung, Muar Johor ataupun
di Kuala Lumpur ini.Pening nih.


Orang
sudah mula membeli baju ketika ini. Persiapan menjelang bulan Syawal.
Tidak mahu membeli ketika masa 2-3hari sebelum raya. Sesak dan sibuk.

Ini tempat, baju yang Zik kena lipat. Tidak berapa kemas. Minta maaflah tidak pernah lipat baju.


Nah inilah kesannya. Kalau malas nak melipat baju. Kesian …..kena lipat lagi. Susah jadi promoter nie.

Teruskan perjuangan!!.

Namun,
sebagai nak perantauan, kita tidak boleh mudah putus asa, sebaliknya
berjuang selagi masih boleh. Dikala ramadhan, terpaksa korbankan masa,
dikala asiggnment yang banyak dan juga test. Doakan kejayaan Zik.
Didunia dan akhirat.

No comment »

Konvo UniKL Kali Ke 5, 2008

Konvo UniKL Kali Ke 5, 2008.

ZIk the Jalanan Sepi, Dari kanan Izhan, Faizul, ZIk the Jalanan Sepi (mata yang sepet), Qayyum dan Paie.
Gambar diambil semasa rehearsel konvo UniKL kali ke 5.

Jadi,
baru-baru ini. Zik the Jalanan Sepi dan juga Kumpulan Dainurii (team
nasyid) telah pergi ke Majlis Konvo Unikl kali ke5. Jadi tujuannya
ialah untuk membuat persembahan di luar dewan. Tetapi malangnya, PA
system yang kurang memuaskan dan juga masalah-masalah teknikal seperti
mikrofon hanya ada satu dan juga kotmitmen dari ahli-ahli Dainurii itu
sendiri, terlibat dengan Koir (Suara Group) dan ahli committe Konvo itu
sendiri , dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan.Tapi
sebelum itu juga, kami iaitu Zik, Faizul dan juga Qayyum telah
mengalami peristiwa sebelum bergerak ke PICC (Putra International
Convention Centre) panjang ceritanya. Sebenarnya, itu bukan yang
menjadi isunya. Apa yang penting, ialah Master Plan dan juga kotmitmen
dari ahli masing-masing. Sebab itu Zik rasakan, perlunya persefahaman,
komunikasi (paling penting) diantara ahli-ahli yang lain. Sempat juga
melihat permandangan-permandangan yang boleh dikatakan indah. Tetapi
apakan daya, Zik tidak mempunyai kamera untuk membuktikan perkara
sebegini. Tidak mengapalah, Zik akan usahakan dapatkan(mengikut
kemampuan). Untuk kumpulan Dainurii ini, masih perlu bimbingan, tunjuk
ajar, dari orang yang berpengalaman, dalam pada itu, hubungan diantara
sesama kumpulan agar lebih memahami isi hati, supaya keserasian itu
dapat kita kecapi. Insyallah.

No comment »